Kejayaan Melaka Kesultanan_Melayu_Melaka

Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.
Sebahagian daripada satu siri tentang
Sejarah Indonesia
Prasejarah
Manusia Jawa 1,000,000 BP
Manusia Flores 94,000–12,000 BP
Bencana alam Toba 75,000 BP
Kebudayaan Buni 400 SM
Kerajaan Hindu-Buddha
Kerajaan Salakanagara 130–362
Kerajaan Kutai 350–1605
Kerajaan Tarumanagara 358–669
Kerajaan Kalingga 500an–600an
Kerajaan Melayu 600an
Kerajaan Sriwijaya 600an–1200an
Kerajaan Kanjuruhan 700an
Wangsa Sailendra 800an–900an
Kerajaan Galuh 669–1482
Kerajaan Medang 752–1006
Kerajaan Bali 914–1908
Kerajaan Sunda 932–1579
Kerajaan Kahuripan 1006–1045
Kerajaan Janggala 1042–1136
Kerajaan Kadiri 1045–1222
Kerajaan Dharmasraya 1183–1347
Kerajaan Singasari 1222–1292
Kerajaan Majapahit 1293–1500
Kerajaan Islam
Penyebaran Islam di Indonesia 1200–1600
Kerajaan Aru 1225–1613
Kesultanan Ternate 1257–1914
Kesultanan Samudera Pasai 1267–1521
Kerajaan Pagaruyung 1347–1833
Kesultanan Brunei 1368–1888
Kesultanan Melaka 1405–1511
Kesultanan Sulu 1405–1851
Kesultanan Cirebon 1430–1677
Kesultanan Demak 1475–1554
Kesultanan Aceh 1496–1903
Kesultanan Banten 1526–1813
Kesultanan Kalinyamat 1527–1599
Kesultanan Pajang 1549–1587
Kesultanan Mataram 1558–1830
Kesultanan Kasepuhan 1679–1815
Kesultanan Kanoman 1679–1815
Kasunanan Kartasura 1680–1745
Kesultanan Siak 1725–1946
Kasunanan Surakarta 1745–1946
Kesultanan Yogyakarta 1755–1945
Kadipaten Mangkunegaran 1757–1946
Kadipaten Pakualaman 1813–1950
Kesultanan Deli 1814–1946
Kesultanan Riau-Lingga 1824–1911
Kerajaan Kristian
Kerajaan Larantuka 1515–1904
Kolonialisme Eropah
Portugis 1512–1850
VOC 1603–1800
Jeda kekuasaan Perancis dan Britania 1806–1815
Hindia Belanda
1800–1942
1945–1950
Kemerdekaan
Republik Indonesia Serikat 1949–1950
Demokrasi liberal 1950–1957
Demokrasi terpimpin 1957–1965
Transisi 1965–1966
Orde Baru 1966–1998
Reformasi 1998–sekarang
 
Portal Indonesia

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah. Pengunaan laluan maritim Pantai Timur Tanah Melayu menjadi bertambah penting ketika zaman keagungan perdagangan maritim bermula abad ke-14 hinggalah abad ke-16.[11]

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah entreport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berlainan daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

Rujukan

WikiPedia: Kesultanan_Melayu_Melaka http://books.google.com/books?id=esnWJkYRCJ4C&pg=P... http://lostislamichistory.com/sultanate-of-malacca... http://malaysia-history.com/sultanate-melaka.html http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://sultan.perak.gov.my/pelbagai/salasilah.xls http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?... http://www.royalark.net/Malaysia/malacca.htm http://web.archive.org/20090211133235/www.geocitie... http://web.archive.org/web/*/http://web.archive.or...